Ahad, 9 Disember 2012

Perancangan Allah itu Lebih Baik 1


Status: Esok Ada Ujian untuk Kelas Bahasa Inggeris!!!

Teringat kenangan masa belajar di sekolah menangah suatu masa dahulu. Masa itu kelas Teacher Salwani..belajar Bahasa Inggeris… tak ingat topik yang di ajar masa tu apa, tapi adib ingat kesungguhan menyelak kamus dwibahasa masa tu semata-mata ingin mencari perkataan ‘PENDIDIK’ dalam Bahasa Inggeris. Mungkin masa tu, cikgu nak suruh cerita pasal cita-cita..jadi jumpa lah perkataan ‘TUTOR’.

“takkan awak nak jadi tutor je?” soal Teacher Salwani (tapi dalam Bahasa Inggeris la.)..”letak lah tinggi sikit cita-cita tu..” dalam hati dan fikiran adib masa tu, tutor pun aku tak tahu apa..”maybe you could be a lecturer one day..” jadi, kesimpulan yang dapat dibuat dari dialog itu, jadi LECTURER tu kedudukan dia tinggi sikit lah dari TUTOR.

Masa pun terus berlalu…namun, keinginan untuk menjadi seorang pendidik tak pernah hilang dari lintasan hati.. “mak nya cikgu, ayahnya pensyarah..anak-anak nanti mesti keje lagi hebat dari mak dan ayahnya..jadi doctor ke, engineer ke, peguam ke..” *antara dialog-dialog yang sering dilafazkan oleh rakan-rakan mama dan ayah.

Masuk universiti, penyelaras program cakap “program yang awak ikuti sekarang adalah satu program yang hebat..kami ingin mencorak saintis yang mahir agama Islam. Awak akan jadi rujukan saintis-saintis lain berkenaan isu-isu agama…tapi, kalau dah tamat kursus ini nanti, awak jadi sekadar cikgu sekolah agama rakyat, cikgu j-QAF, tak payah lah awak nak tegur saya..buat malu je..” masa tu tak kenal pun lagi apa itu cikgu jQAF..

Selama bertahun-tahun belajar di aliran Sains..habis PMR masuk kelas Sains…dan menjadi antara murid yang paling membimbangkan cikgu-cikgu..bukan tak pandai, tapi malas! Cikgu masuk, tidur…pernah satu hari, menangis bersama-sama Cikgu G, cikgu Kimia masa tu..dia sedih sebab adib tak ada peningkatan dalam subjek Kimianya sedangkan SPM makin hampir…dan adib pun sedih, sebab tak tau macam mana nak timbulkan minat dan keinginan untuk belajar subjek ini..tapi entah macam mana, (adib suka melabelkan diri ini sebagai mangsa yang terselamat dari kapal karam) tup tup..berjaya masuk UM untuk Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam dan alhamdulillah, mendapat tajaan JPA. Namun, di tahun yang kedua, adib pindah kolej dan mula aktif dengan PALAPES, adib tahu dan mula kenal kat UM ada kursus untuk Pendidikan Awal Kanak-kanak.. “Ayah, diba nak tukar kursus…nak jadi cikgu TADIKA..nak amik kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak..”....

Bersambung…

Tiada ulasan: