Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Khamis, 6 Jun 2013

JADILAH INSAN YANG LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Jom rileks minda, kita tonton video ini. Banyak nilai-nilai diketengahkan oleh adik ini. Tonton dan fikir-fikirkan :)

*Video ini disebarkan oleh adik Matluthfi di YouTube.

Walaupun kita bukanlah seorang aktivis alam sekitar, tapi kita punyai tanggungjawab untuk memelihara Bumi ini.

Teringat pada pesan ayah suatu masa dahulu. Ayah saya kata, "kita manusia yang dihidupkan Allah di muka Bumi ini tidak dibebankan dengan tugas yang berat pun... kita ada 2 sahaja amanah yang perlu kita pikul, iaitu:
 1. Menjadi hamba Allah yang taat kepada perintahnya.
 2. Menjadi Khalifah (pemimpin) dalam mentadbir Bumi Allah.

Contoh seperti Saidina Umar, seorang sahabat Rasulullah. Di waktu siang, beliau seorang pejuang agama yang digeruni, BERANI dan HEBAT. Beliau juga merupakan seorang Khalifah yang disegani oleh rakyat pada masa itu. Namun, apabila malam menjelma, Saidina Umar akan mengabdikan dirinya, menyembah Allah. Menangis di dalam solat malamnya, memohon segala pertolongan dari Allah." 

>>Seperti di dalam ayat 5, surah Al-Fatihah: Hanya kepadaMu Ya Allah, kami menyembah dan hanya kepadaMu Ya Allah, kami mohon pertolongan.<<

Oleh itu, lapangkanlah dada kita dari segala bebanan. Percayalah bahawa Allah Maha Mengasihani dan Allah tidak membebankan makhlukNya dengan apa yang tidak mampu kita pikul. Tugas yang berat-berat seperti penentuan masa untuk kita hidup dan mati, penentuan kadar rezeki, penentuan pasangan dan jodoh, ITU SEMUA URUSAN ALLAH SWT.

Senyumlah ^_^ kita dalam menghadapi hari-hari yang akan datang kerana Allah sentiasa bersama kita dalam tidur dan jaga. Buangkan segala rasa negatif yang ada dalam diri samada perasaan takut, letih, marah, iri hati dan segala yang seangkatan dengannya.

Semoga kita menjadi Muslim dan insan yang terus kuat dalam memikul 2 SAHAJA amanah yang telah diberi oleh Allah kepada kita.

_Allah Hafiz_



Selasa, 8 Januari 2013

Guru Membentuk Insan dalam Masyarakat

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Lama dah menyepi tidak menulis dalam blog ini..al-maklumlah...guru kembali ke sekolah, jadi banyak lah projek-projek mega yang berlangsung di sekolah...7 hari seminggu rasa macam tak cukup nak bahagi untuk sekolah, keluarga dan diri sendiri...Isnin-Jumaat di sekolah, petang Jumaat balik Muar..macam dekat je ek Muar-JB-Muar...huhu~

Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke-2 di sekolah. Murid Pra Integrasi yang awal dulu datang menangis teresak-esak di sekolah, hari ini bila disapa dah boleh tersenyum. Murid yang awal persekolahan ibu ayah merungut tidak mahu ke sekolah, sekarang dah seronok katanya di sekolah..tapi ada juga yang minggu pertama tidak menunjukkan gelisah, masuk minggu kedua dah minta agar tidak dihantar ke sekolah. *macam-macam karenah anak-anak ini...selain ibu dan ayah, guru-guru di sekolah juga turut terlibat merangsang minat anak-anak untuk hadir ke sekolah ^_^

Teringat Mesyuarat Guru Kali Pertama, 26 Dis 2012 yang lalu, GPK HEM menceritakan kisah masalah disiplin pelajar-pelajar masa kini. Ditambah pula dengan pembacaan berita di muka-muka akhbar hari ini yang menceritakan tentang salah laku dan jenayah di dalam masyarakat...terdetik di hati, *ya Allah, manusia jenis apakah mereka ini? Apakah yang rasakan ketika dan selepas melakukan jenayah yang sebegini? Apakah yang mereka pegang dalam hidup mereka? Mana rasa kasih sayang yang Engkau berikan sebagai fitrah dalam hati setiap manusia? =( takutnya rasa...

Bila masuk ke kelas melihat wajah anak-anak didik, saya tertanya-tanya, apakah yang akan dilalui oleh anak ini apabila besar kelak? Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang sangat lemah dan hina..meskipun aku berhajat agar anak-anak ini membesar menjadi seorang insan Soleh untuk agama dan negara, namun hanya dengan izin dan kasih sayang Mu, maka mereka akan terpelihara hingga ke syurga. Hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan.

Peranan guru bukan hanya untuk menyampaikan ilmu agar murid pandai menjawab soalan ujian atau kuiz atau yang seangkatan dengannya. Tetapi guru juga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak yang di hantar ke sekolah dapat menerima dan menghayati ilmu yang disampaikan agar dia menjadi insan yang berakhlak dan mampu memimpin di masa akan datang. Berat tanggungkawabnya dan bukan mudah perlaksanaannya. Dalam melaksanakan tugas ini, guru perlu bersedia dengan pendekatan, strategi dan pengurusan yang terbaik untuk membentuk insan yang cantik akhlak dan jati dirinya.

Selain itu, persediaan yang paling penting yang patut ada dalam diri seorang guru ialah diri guru itu sendiri dari sudut jasmani, rohani dan intelektual. Namun, apa yang dapat saya perhatikan pada masa kini, guru-guru ramai yang telah berjaya menguasai persediaan jasmani dan intelektual, tetapi dari sudut persediaan rohani ramai lagi yang masih lemah. Jadi, marilah kita perbaiki kekurangan diri dan tingkatkan keupayaan rohani, inteletual dan jasmani.

_Allah Hafiz_



Isnin, 10 Disember 2012

Seni Dalam Pendidikan (Lagu Sungai)


Kelas Seni Dalam Pendidikan bersama Cikgu Amran, dari jam 4.45ptg hingga 6.45ptg tadi. Petang2 ikut kelas ni  tak terasa penat..begitulah indahnya seni.. untuk kelas kali ini, kami belajar serba sedikit tentang alat-alat muzik dan not2 muzik. Menarik! Lepas ni dah boleh try baca not2 muzik dan hasilkan lagu sendiri pastu boleh ajar dalam kelas..hehe ^_^ *agak2 anak murid suka tak?

Tapi nak amalkan dalam P&P masih memerlukan lebih latihan.. 2 jam yang tak cukup sempurna memang tak menjamin penguasaan terhadap kemahiran bermain alat muzik..huhu..pernah berangan nak beli keyboard..teringatkan Yati (kawan masa kat UM dulu) ada beli keyboard sendiri sebab dia amik pendidikan awal kanak-kanak..kalau adib ada keyboard adib sendiri, mungkin dapat membantu sebagai BBM dalam kelas nanti, kan? *tu pun kalau pandai manfaatkan penggunaan nya lah..betul tak?

Hem.. adib terfikir, lagu sungai ni katanya untuk mereka2 yang zaman KBSR..tapi adib tak ingat pun belajar lagu ni masa sekolah dulu..atau mungkin juga sebab adib tak belajar kat sekolah kebangsaan dulu. Jadi, pendedahan kurang...seingatnya masa dulu belajar lagu labah-labah hitam, pastu dah besar sikit, nasyid lagu Keluarga Bahagia dan Pergi Tak Kembali..peh! lagu zaman anak-anak dulu...hehe

Kalau dilihat pada lirik lagu Sungai ni, banyak maksud yang tersirat..adib sendiri terasa termotivasi bila menghayati lirik lagu dia...
>>bagi diri yang sedang rasa tertekan atau mungkin menghadapi perasaan yang mengundang kepada rasa putus asa dan lemah semangat..lihat lah pada air sungai yang tetap mengalir walau apa jua dugaan yang dihadapinya..dari gunung ia mengalir jernih, bila sampai kepada manusia, ia dicemari..namun, sungai yang terluka keindahannya tetap jua mengalir hingga ke laut..membawa jasa hingga ke muara.. ikan mendapat makanannya, manusia tetap mendapat sumber hidupannya..<<

Jadi apakah kita masih ingin menafikan agungnya ciptaan Allah..Dia menurunkan hujan, Dia mengalirkan sungai, Dia menghidupkan laut..walau bagaimana pun sikap manusia samada mereka mensyukuri atau menzalimi nikmat kurniaanNya, rezeki dari Nya tak pernah berhenti untuk kita..Allah, sesungguhnya memang benar..Engkaulah Yang Maha Mencipta, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^_^

_indahnya Nikmat Iman dan Islam_ Alhamdulillah!

Pengajaran Makro Bersama Ustazah Maimon

Assalamualaikum wbt



Hari Rabu ini mungkin Adib punya giliran untuk laksanakan pengajaran makro dalam kelas Ustazah Maimon. Jadi, mari kita kongsikan apakah itu Pengajaran Makro...

Selama ini masa belajar, selalu dengar istilah Macro Teaching, Micro Teaching..tapi tak dapat gambar suasananya macam mana..tapi lepas masuk KPLI ni.. "welcome to the teacher's world :) "

*moga tiap kemahiran yang patut ada dalam pengajaran makro ini akan dapat kita kuasai dalam proses menjadikan kita guru yang terlatih..Insya Allah..

Allah_Hafiz
http://www.mediafire.com/view/?vz17ukukue7l1za