Khamis, 21 Februari 2013

Tayar Kereta Ayah Perlu Ditukar.

Sejak pinjam kereta ayah bermula November tahun lepas, banyak ilmu tentang kereta yang saya dapat. Selama ini, saya cuma ada lesen memandu dan pandai pandu kereta sahaja. Ilmu penjagaan kereta memang 'zero' la...tahu pakai, tapi tak tahu jaga. Maklumlah, tolong pandu kereta orang sahaja. Tetapi selepas mendapat izin dari ayah untuk menggunakan keretanya, sedikit sebanyak saya mula belajar tentang penjagaan kereta. 
Mula-mula belajar isi angin tayar, tengok tahap air.. Kemudian, dimana letaknya tayar simpanan (spare tyre). Sejak berulang alik dari Johor Bahru ke Muar, ayah mentua kerap bertanya tentang keadaan tayar. Saya tak tahu, jadi saya katakan 'ok ' sahaja. *untuk tengok tayar botak ke tidak pun tak pandai.... Pernah sekali, litar suiz pada stering berasap. Dari situ, barulah saya tahu, yang suiz lampu dan wiper berada dalam satu litar. Kalau rosak salah satu, perlu gantikan semua.
Satu hari, kunci kereta tertinggal dalam kereta. Entah macam mana boleh cuai. terpaksa mencungkil pintu pula...huhu.. *dah tahu lah kat mana nak cungkil untuk buka pintu..adeh~ kesan dari mencungkil pintu, tingkap kereta dah tak boleh secara automatik seperti sebelum ini. Klip pada pintu juga dah patah. Kalau nak ganti, perlu ganti sekali bersama getah dan harganya lebih kurang RM100 ke atas.. #.@
Baru-baru ini, Cuti Tahun Baru Cina. Saya dan suami berniat nak berziarah di Ipoh. Jauh perjalanannya..kemudian baru saya mula belajar lebih lagi tentang tayar. Rupanya, selama ini, saya berulang JB-Muar dengan keadaan tayar yang tidak baik. Rim juga sudah bengkok kerana kerap melanggar lubang. Berikut adalah beberapa gambar yang saya upload tentang maklumat tayar yang perlu kita tahu sebelum membeli tayar.

Tayar yang hendak ditukar. Perlu tahu saiz tayar dan  tahap kelajuan tayar.
Bila pergi kedai tayar, bagitahu nak beli tayar, kita mesti tahu nak beli tayar saiz apa. Pergi tanya harga tayar dulu dekat 2 atau 3 kedai. Masa saya pergi tanya hari itu, hasil dapatan saya, tayar GoodYear lebih mahal dari tayar jenama Falken dan Falken lebih mahal dari tayar jenama Silverstone. Tetapi yang pasti, tayar Michelin adalah tayar yang paling mahal. Asalnya, saya fikir, yang mahal itu mesti kualitinya lebih bagus berbanding yang murah. Mungkin juga betul, atau mungkin juga mahalnya pada jenama. Kadang, harga jenama ini lebih mahal sebab dia most wanted dalam pasaran. Betul tak? Jadi saya membuat keputusan untuk ambil yang sederhana, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Beli tayar ikut kemampuan dan keperluan sahaja. Bukan untuk tayang-tayang jenama. Kan? =)
Lagi...Antara maklumat yang perlu saya ambil kira sebelum membeli  tayar baru. Keadaan suhu yang sesuai  untuk tayar, gred/kualiti tayar. Kalau bilangan 'treadwear' lebih tinggi, maka tayar lebih bagus. 'Traction' menunjukkan jenis jalan yang sesuai untuk tayar.
Tahun pembuatan tayar juga penting untuk kita tahu. Tapi tayar saya ini dah tak nampak dia punya tahun pembuatan. Masa pergi tanya tayar hari itu, hasil dapatan saya membaca dari internet dan bertanya di beberapa buah kedai tayar, tayar yang dibeli mestilah tidak terlalu lama dan tidak terlalu baru. Kalau tayar yang sudah tamat tempoh (expired) nanti mudah meletup. Biasanya tayar tahan 3-4 tahun dari tarikh pembuatan tayar. Bila dah tamat tempoh, tayar akan jadi keras. Jadi, bila kita berjalan jauh, dia akan panas dan meletup. Bahaya! Mesti diberi perhatian. Kalau tayar terlalu baru pula, getahnya mungkin masih lembut. Jadi, mudah haus atau terkoyak apabila digunakan.Jadi, untuk itu, saya ambil tayar yang dibuat dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Moga getahnya telah matang dan bersedia digunakan di jalanraya.

Ini maklumat yang sedia ada dalam kereta tentang saiz rim, saiz tayar dan tekanan angin dalam tayar.
Masa tukar tayar hari itu, saya tukar di salah sebuah kedai tayar di Batu Pahat, Johor. Saya dapat sebiji tayar saiz 13 inci dengan harga RM130, jenama Falken yang bunganya sesuai untuk memotong air apabila dijalan yang basah. Maklumlah, kawasan saya sekarang ini, kalau hujan, air mudah bertakung di jalan. Jadi saya rasa bunga tayar ini sesuai untuk kereta saya. Rim yang bengkok pun saya betulkan dan dicas dengan harga RM45. Minta dia buatkan alignmen, untuk dua tayar hadapan RM10.
Selepas tukar tayar, diakui pemanduan dirasa lebih selesa. Tidaklah bila hujan rasa menggelongsor bila menekan brek. Tapi mungkin disebabkan tayar jenama Falken lebih keras berbanding tayar GoodYear, jadi saya rasa bunyi tayar kini lebih bising berbanding yang dulu. Orang kata, kalau tayar lembut seperti Michelin dan GoodYear mudah haus. Pada pendapat saya, tidak mengapa kalau tayar cepat haus, kerana kita pakai tayar pun maksimum 2 tahun sahaja. Kemudian, kita perlu tukar tayar yang baru. Lagipun, memandu dengan tayar yang lembut, kita akan rasa lebih selesa dan tidak bising apabila bergesel dengan jalan.
OK. Cukuplah sampai sini dulu. Nanti kalau ada kelapangan lagi, saya akan kongsikan lagi. Insya Allah =)

_Wassalam_

Tiada ulasan: