Selasa, 8 Januari 2013

Guru Membentuk Insan dalam Masyarakat

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Lama dah menyepi tidak menulis dalam blog ini..al-maklumlah...guru kembali ke sekolah, jadi banyak lah projek-projek mega yang berlangsung di sekolah...7 hari seminggu rasa macam tak cukup nak bahagi untuk sekolah, keluarga dan diri sendiri...Isnin-Jumaat di sekolah, petang Jumaat balik Muar..macam dekat je ek Muar-JB-Muar...huhu~

Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke-2 di sekolah. Murid Pra Integrasi yang awal dulu datang menangis teresak-esak di sekolah, hari ini bila disapa dah boleh tersenyum. Murid yang awal persekolahan ibu ayah merungut tidak mahu ke sekolah, sekarang dah seronok katanya di sekolah..tapi ada juga yang minggu pertama tidak menunjukkan gelisah, masuk minggu kedua dah minta agar tidak dihantar ke sekolah. *macam-macam karenah anak-anak ini...selain ibu dan ayah, guru-guru di sekolah juga turut terlibat merangsang minat anak-anak untuk hadir ke sekolah ^_^

Teringat Mesyuarat Guru Kali Pertama, 26 Dis 2012 yang lalu, GPK HEM menceritakan kisah masalah disiplin pelajar-pelajar masa kini. Ditambah pula dengan pembacaan berita di muka-muka akhbar hari ini yang menceritakan tentang salah laku dan jenayah di dalam masyarakat...terdetik di hati, *ya Allah, manusia jenis apakah mereka ini? Apakah yang rasakan ketika dan selepas melakukan jenayah yang sebegini? Apakah yang mereka pegang dalam hidup mereka? Mana rasa kasih sayang yang Engkau berikan sebagai fitrah dalam hati setiap manusia? =( takutnya rasa...

Bila masuk ke kelas melihat wajah anak-anak didik, saya tertanya-tanya, apakah yang akan dilalui oleh anak ini apabila besar kelak? Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang sangat lemah dan hina..meskipun aku berhajat agar anak-anak ini membesar menjadi seorang insan Soleh untuk agama dan negara, namun hanya dengan izin dan kasih sayang Mu, maka mereka akan terpelihara hingga ke syurga. Hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan.

Peranan guru bukan hanya untuk menyampaikan ilmu agar murid pandai menjawab soalan ujian atau kuiz atau yang seangkatan dengannya. Tetapi guru juga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak yang di hantar ke sekolah dapat menerima dan menghayati ilmu yang disampaikan agar dia menjadi insan yang berakhlak dan mampu memimpin di masa akan datang. Berat tanggungkawabnya dan bukan mudah perlaksanaannya. Dalam melaksanakan tugas ini, guru perlu bersedia dengan pendekatan, strategi dan pengurusan yang terbaik untuk membentuk insan yang cantik akhlak dan jati dirinya.

Selain itu, persediaan yang paling penting yang patut ada dalam diri seorang guru ialah diri guru itu sendiri dari sudut jasmani, rohani dan intelektual. Namun, apa yang dapat saya perhatikan pada masa kini, guru-guru ramai yang telah berjaya menguasai persediaan jasmani dan intelektual, tetapi dari sudut persediaan rohani ramai lagi yang masih lemah. Jadi, marilah kita perbaiki kekurangan diri dan tingkatkan keupayaan rohani, inteletual dan jasmani.

_Allah Hafiz_



Tiada ulasan: