Khamis, 6 Jun 2013

JADILAH INSAN YANG LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Jom rileks minda, kita tonton video ini. Banyak nilai-nilai diketengahkan oleh adik ini. Tonton dan fikir-fikirkan :)

*Video ini disebarkan oleh adik Matluthfi di YouTube.

Walaupun kita bukanlah seorang aktivis alam sekitar, tapi kita punyai tanggungjawab untuk memelihara Bumi ini.

Teringat pada pesan ayah suatu masa dahulu. Ayah saya kata, "kita manusia yang dihidupkan Allah di muka Bumi ini tidak dibebankan dengan tugas yang berat pun... kita ada 2 sahaja amanah yang perlu kita pikul, iaitu:
 1. Menjadi hamba Allah yang taat kepada perintahnya.
 2. Menjadi Khalifah (pemimpin) dalam mentadbir Bumi Allah.

Contoh seperti Saidina Umar, seorang sahabat Rasulullah. Di waktu siang, beliau seorang pejuang agama yang digeruni, BERANI dan HEBAT. Beliau juga merupakan seorang Khalifah yang disegani oleh rakyat pada masa itu. Namun, apabila malam menjelma, Saidina Umar akan mengabdikan dirinya, menyembah Allah. Menangis di dalam solat malamnya, memohon segala pertolongan dari Allah." 

>>Seperti di dalam ayat 5, surah Al-Fatihah: Hanya kepadaMu Ya Allah, kami menyembah dan hanya kepadaMu Ya Allah, kami mohon pertolongan.<<

Oleh itu, lapangkanlah dada kita dari segala bebanan. Percayalah bahawa Allah Maha Mengasihani dan Allah tidak membebankan makhlukNya dengan apa yang tidak mampu kita pikul. Tugas yang berat-berat seperti penentuan masa untuk kita hidup dan mati, penentuan kadar rezeki, penentuan pasangan dan jodoh, ITU SEMUA URUSAN ALLAH SWT.

Senyumlah ^_^ kita dalam menghadapi hari-hari yang akan datang kerana Allah sentiasa bersama kita dalam tidur dan jaga. Buangkan segala rasa negatif yang ada dalam diri samada perasaan takut, letih, marah, iri hati dan segala yang seangkatan dengannya.

Semoga kita menjadi Muslim dan insan yang terus kuat dalam memikul 2 SAHAJA amanah yang telah diberi oleh Allah kepada kita.

_Allah Hafiz_