Khamis, 6 Jun 2013

JADILAH INSAN YANG LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Jom rileks minda, kita tonton video ini. Banyak nilai-nilai diketengahkan oleh adik ini. Tonton dan fikir-fikirkan :)

*Video ini disebarkan oleh adik Matluthfi di YouTube.

Walaupun kita bukanlah seorang aktivis alam sekitar, tapi kita punyai tanggungjawab untuk memelihara Bumi ini.

Teringat pada pesan ayah suatu masa dahulu. Ayah saya kata, "kita manusia yang dihidupkan Allah di muka Bumi ini tidak dibebankan dengan tugas yang berat pun... kita ada 2 sahaja amanah yang perlu kita pikul, iaitu:
 1. Menjadi hamba Allah yang taat kepada perintahnya.
 2. Menjadi Khalifah (pemimpin) dalam mentadbir Bumi Allah.

Contoh seperti Saidina Umar, seorang sahabat Rasulullah. Di waktu siang, beliau seorang pejuang agama yang digeruni, BERANI dan HEBAT. Beliau juga merupakan seorang Khalifah yang disegani oleh rakyat pada masa itu. Namun, apabila malam menjelma, Saidina Umar akan mengabdikan dirinya, menyembah Allah. Menangis di dalam solat malamnya, memohon segala pertolongan dari Allah." 

>>Seperti di dalam ayat 5, surah Al-Fatihah: Hanya kepadaMu Ya Allah, kami menyembah dan hanya kepadaMu Ya Allah, kami mohon pertolongan.<<

Oleh itu, lapangkanlah dada kita dari segala bebanan. Percayalah bahawa Allah Maha Mengasihani dan Allah tidak membebankan makhlukNya dengan apa yang tidak mampu kita pikul. Tugas yang berat-berat seperti penentuan masa untuk kita hidup dan mati, penentuan kadar rezeki, penentuan pasangan dan jodoh, ITU SEMUA URUSAN ALLAH SWT.

Senyumlah ^_^ kita dalam menghadapi hari-hari yang akan datang kerana Allah sentiasa bersama kita dalam tidur dan jaga. Buangkan segala rasa negatif yang ada dalam diri samada perasaan takut, letih, marah, iri hati dan segala yang seangkatan dengannya.

Semoga kita menjadi Muslim dan insan yang terus kuat dalam memikul 2 SAHAJA amanah yang telah diberi oleh Allah kepada kita.

_Allah Hafiz_



Jumaat, 19 April 2013

HIDUP BERSEDERHANA

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca dan umat Muhammad

>>Malu dengan Rasulullah bila rumah yang kita diami ruangnya lebih luas dari apa yang kita perlukan...pakaian yang kita ada melebihi apa yang kita pakai...makanan yang kita simpan melebihi dari apa yang kita makan...kata umat Muhammad, bukankah baginda mengajar kita untuk sentiasa bersederhana..? bila melebih-lebih dan membazir ini, sahabat siapa sebenarnya..??<<

Muhasabah diri..dalam setiap perkara yang kita lihat semuanya ada nilai..
 
"Lihat lah gunung yang tinggi, Subhanallah, itu Allah yang punya..
Lihat lah pantai yang indah, Subhanallah itu Allah yang punya..
Lihat lah bunga yang mekar, Subhanallah itu Allah yang punya..." *quoted*
 
Tak kiralah berapa nilainya, mahal atau murah..itu semua milik Allah. Biarpun kita bekerja, dan kita peroleh gaji yang besar. Tapi itu semua tetap milik Allah. Jadi, siapakah kita untuk membelanjakan segala rezeki yang Allah kurniakan untunk kepentingan diri kita sendiri semata-mata?
Indahnya Islam..dia mengajar kita untuk mebayar zakat supaya harta yang dimiliki oleh si kaya, kurniaan rezeki dari Yang Esa, dapat disalurkan kepada si miskin agar kehidupan seorang Muslim itu sentiasa berada dalam kesederhanaan. Yang kaya, dia bersederhana, jadi tiada istilah KAYA RAYA..takut kalau jadi seperti Qarun yang akhirnya tertanam bersama hartanya ketika di dunia.. Tapi adakah dia dapat merasa nikmat syurga di alam yang kekal abadi? Yang miskin pula tidak hidup terlalu melarat yang memaksa dia untuk melakukan sesuatu yang haram seperti mencuri untuk meneruskan kehidupannya.

Rukun Islam ada 5 perkara:
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam
3) Mengeluarkan zakat
4) Berpuasa di bulan Ramadhan
5) Menunaikan Haji bagi yang mampu

Sebelum mencapai Rukun Islam yang 5, kita terlebih dahulu memenuhi Rukun Iman yang 6.
Rukun Iman ada 6 perkara:
1) Beriman kepada Allah
2)Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Akhirat
6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Marilah bersama-sama kita menggilap iman dan mensyukuri nikmat Islam yang kita rasai hingga hari ini. Semoga permulaan, pertengahan dan pengakhiran kita semua adalah baik dan terpelihara dalam Rahmat Allah sentiasa. Insya Allah....

Khamis, 21 Februari 2013

Tayar Kereta Ayah Perlu Ditukar.

Sejak pinjam kereta ayah bermula November tahun lepas, banyak ilmu tentang kereta yang saya dapat. Selama ini, saya cuma ada lesen memandu dan pandai pandu kereta sahaja. Ilmu penjagaan kereta memang 'zero' la...tahu pakai, tapi tak tahu jaga. Maklumlah, tolong pandu kereta orang sahaja. Tetapi selepas mendapat izin dari ayah untuk menggunakan keretanya, sedikit sebanyak saya mula belajar tentang penjagaan kereta. 
Mula-mula belajar isi angin tayar, tengok tahap air.. Kemudian, dimana letaknya tayar simpanan (spare tyre). Sejak berulang alik dari Johor Bahru ke Muar, ayah mentua kerap bertanya tentang keadaan tayar. Saya tak tahu, jadi saya katakan 'ok ' sahaja. *untuk tengok tayar botak ke tidak pun tak pandai.... Pernah sekali, litar suiz pada stering berasap. Dari situ, barulah saya tahu, yang suiz lampu dan wiper berada dalam satu litar. Kalau rosak salah satu, perlu gantikan semua.
Satu hari, kunci kereta tertinggal dalam kereta. Entah macam mana boleh cuai. terpaksa mencungkil pintu pula...huhu.. *dah tahu lah kat mana nak cungkil untuk buka pintu..adeh~ kesan dari mencungkil pintu, tingkap kereta dah tak boleh secara automatik seperti sebelum ini. Klip pada pintu juga dah patah. Kalau nak ganti, perlu ganti sekali bersama getah dan harganya lebih kurang RM100 ke atas.. #.@
Baru-baru ini, Cuti Tahun Baru Cina. Saya dan suami berniat nak berziarah di Ipoh. Jauh perjalanannya..kemudian baru saya mula belajar lebih lagi tentang tayar. Rupanya, selama ini, saya berulang JB-Muar dengan keadaan tayar yang tidak baik. Rim juga sudah bengkok kerana kerap melanggar lubang. Berikut adalah beberapa gambar yang saya upload tentang maklumat tayar yang perlu kita tahu sebelum membeli tayar.

Tayar yang hendak ditukar. Perlu tahu saiz tayar dan  tahap kelajuan tayar.
Bila pergi kedai tayar, bagitahu nak beli tayar, kita mesti tahu nak beli tayar saiz apa. Pergi tanya harga tayar dulu dekat 2 atau 3 kedai. Masa saya pergi tanya hari itu, hasil dapatan saya, tayar GoodYear lebih mahal dari tayar jenama Falken dan Falken lebih mahal dari tayar jenama Silverstone. Tetapi yang pasti, tayar Michelin adalah tayar yang paling mahal. Asalnya, saya fikir, yang mahal itu mesti kualitinya lebih bagus berbanding yang murah. Mungkin juga betul, atau mungkin juga mahalnya pada jenama. Kadang, harga jenama ini lebih mahal sebab dia most wanted dalam pasaran. Betul tak? Jadi saya membuat keputusan untuk ambil yang sederhana, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Beli tayar ikut kemampuan dan keperluan sahaja. Bukan untuk tayang-tayang jenama. Kan? =)
Lagi...Antara maklumat yang perlu saya ambil kira sebelum membeli  tayar baru. Keadaan suhu yang sesuai  untuk tayar, gred/kualiti tayar. Kalau bilangan 'treadwear' lebih tinggi, maka tayar lebih bagus. 'Traction' menunjukkan jenis jalan yang sesuai untuk tayar.
Tahun pembuatan tayar juga penting untuk kita tahu. Tapi tayar saya ini dah tak nampak dia punya tahun pembuatan. Masa pergi tanya tayar hari itu, hasil dapatan saya membaca dari internet dan bertanya di beberapa buah kedai tayar, tayar yang dibeli mestilah tidak terlalu lama dan tidak terlalu baru. Kalau tayar yang sudah tamat tempoh (expired) nanti mudah meletup. Biasanya tayar tahan 3-4 tahun dari tarikh pembuatan tayar. Bila dah tamat tempoh, tayar akan jadi keras. Jadi, bila kita berjalan jauh, dia akan panas dan meletup. Bahaya! Mesti diberi perhatian. Kalau tayar terlalu baru pula, getahnya mungkin masih lembut. Jadi, mudah haus atau terkoyak apabila digunakan.Jadi, untuk itu, saya ambil tayar yang dibuat dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Moga getahnya telah matang dan bersedia digunakan di jalanraya.

Ini maklumat yang sedia ada dalam kereta tentang saiz rim, saiz tayar dan tekanan angin dalam tayar.
Masa tukar tayar hari itu, saya tukar di salah sebuah kedai tayar di Batu Pahat, Johor. Saya dapat sebiji tayar saiz 13 inci dengan harga RM130, jenama Falken yang bunganya sesuai untuk memotong air apabila dijalan yang basah. Maklumlah, kawasan saya sekarang ini, kalau hujan, air mudah bertakung di jalan. Jadi saya rasa bunga tayar ini sesuai untuk kereta saya. Rim yang bengkok pun saya betulkan dan dicas dengan harga RM45. Minta dia buatkan alignmen, untuk dua tayar hadapan RM10.
Selepas tukar tayar, diakui pemanduan dirasa lebih selesa. Tidaklah bila hujan rasa menggelongsor bila menekan brek. Tapi mungkin disebabkan tayar jenama Falken lebih keras berbanding tayar GoodYear, jadi saya rasa bunyi tayar kini lebih bising berbanding yang dulu. Orang kata, kalau tayar lembut seperti Michelin dan GoodYear mudah haus. Pada pendapat saya, tidak mengapa kalau tayar cepat haus, kerana kita pakai tayar pun maksimum 2 tahun sahaja. Kemudian, kita perlu tukar tayar yang baru. Lagipun, memandu dengan tayar yang lembut, kita akan rasa lebih selesa dan tidak bising apabila bergesel dengan jalan.
OK. Cukuplah sampai sini dulu. Nanti kalau ada kelapangan lagi, saya akan kongsikan lagi. Insya Allah =)

_Wassalam_

Selasa, 8 Januari 2013

Guru Membentuk Insan dalam Masyarakat

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Lama dah menyepi tidak menulis dalam blog ini..al-maklumlah...guru kembali ke sekolah, jadi banyak lah projek-projek mega yang berlangsung di sekolah...7 hari seminggu rasa macam tak cukup nak bahagi untuk sekolah, keluarga dan diri sendiri...Isnin-Jumaat di sekolah, petang Jumaat balik Muar..macam dekat je ek Muar-JB-Muar...huhu~

Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke-2 di sekolah. Murid Pra Integrasi yang awal dulu datang menangis teresak-esak di sekolah, hari ini bila disapa dah boleh tersenyum. Murid yang awal persekolahan ibu ayah merungut tidak mahu ke sekolah, sekarang dah seronok katanya di sekolah..tapi ada juga yang minggu pertama tidak menunjukkan gelisah, masuk minggu kedua dah minta agar tidak dihantar ke sekolah. *macam-macam karenah anak-anak ini...selain ibu dan ayah, guru-guru di sekolah juga turut terlibat merangsang minat anak-anak untuk hadir ke sekolah ^_^

Teringat Mesyuarat Guru Kali Pertama, 26 Dis 2012 yang lalu, GPK HEM menceritakan kisah masalah disiplin pelajar-pelajar masa kini. Ditambah pula dengan pembacaan berita di muka-muka akhbar hari ini yang menceritakan tentang salah laku dan jenayah di dalam masyarakat...terdetik di hati, *ya Allah, manusia jenis apakah mereka ini? Apakah yang rasakan ketika dan selepas melakukan jenayah yang sebegini? Apakah yang mereka pegang dalam hidup mereka? Mana rasa kasih sayang yang Engkau berikan sebagai fitrah dalam hati setiap manusia? =( takutnya rasa...

Bila masuk ke kelas melihat wajah anak-anak didik, saya tertanya-tanya, apakah yang akan dilalui oleh anak ini apabila besar kelak? Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang sangat lemah dan hina..meskipun aku berhajat agar anak-anak ini membesar menjadi seorang insan Soleh untuk agama dan negara, namun hanya dengan izin dan kasih sayang Mu, maka mereka akan terpelihara hingga ke syurga. Hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan.

Peranan guru bukan hanya untuk menyampaikan ilmu agar murid pandai menjawab soalan ujian atau kuiz atau yang seangkatan dengannya. Tetapi guru juga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak yang di hantar ke sekolah dapat menerima dan menghayati ilmu yang disampaikan agar dia menjadi insan yang berakhlak dan mampu memimpin di masa akan datang. Berat tanggungkawabnya dan bukan mudah perlaksanaannya. Dalam melaksanakan tugas ini, guru perlu bersedia dengan pendekatan, strategi dan pengurusan yang terbaik untuk membentuk insan yang cantik akhlak dan jati dirinya.

Selain itu, persediaan yang paling penting yang patut ada dalam diri seorang guru ialah diri guru itu sendiri dari sudut jasmani, rohani dan intelektual. Namun, apa yang dapat saya perhatikan pada masa kini, guru-guru ramai yang telah berjaya menguasai persediaan jasmani dan intelektual, tetapi dari sudut persediaan rohani ramai lagi yang masih lemah. Jadi, marilah kita perbaiki kekurangan diri dan tingkatkan keupayaan rohani, inteletual dan jasmani.

_Allah Hafiz_



Rabu, 12 Disember 2012

Lawatan - Melaka

Hari letih berjalan...lepas ni nak ceritakan pengalaman lawatan sekitar Melaka dengan Cikgu Sarinah..nantikan kisahnya :)

Isnin, 10 Disember 2012

Seni Dalam Pendidikan (Lagu Sungai)


Kelas Seni Dalam Pendidikan bersama Cikgu Amran, dari jam 4.45ptg hingga 6.45ptg tadi. Petang2 ikut kelas ni  tak terasa penat..begitulah indahnya seni.. untuk kelas kali ini, kami belajar serba sedikit tentang alat-alat muzik dan not2 muzik. Menarik! Lepas ni dah boleh try baca not2 muzik dan hasilkan lagu sendiri pastu boleh ajar dalam kelas..hehe ^_^ *agak2 anak murid suka tak?

Tapi nak amalkan dalam P&P masih memerlukan lebih latihan.. 2 jam yang tak cukup sempurna memang tak menjamin penguasaan terhadap kemahiran bermain alat muzik..huhu..pernah berangan nak beli keyboard..teringatkan Yati (kawan masa kat UM dulu) ada beli keyboard sendiri sebab dia amik pendidikan awal kanak-kanak..kalau adib ada keyboard adib sendiri, mungkin dapat membantu sebagai BBM dalam kelas nanti, kan? *tu pun kalau pandai manfaatkan penggunaan nya lah..betul tak?

Hem.. adib terfikir, lagu sungai ni katanya untuk mereka2 yang zaman KBSR..tapi adib tak ingat pun belajar lagu ni masa sekolah dulu..atau mungkin juga sebab adib tak belajar kat sekolah kebangsaan dulu. Jadi, pendedahan kurang...seingatnya masa dulu belajar lagu labah-labah hitam, pastu dah besar sikit, nasyid lagu Keluarga Bahagia dan Pergi Tak Kembali..peh! lagu zaman anak-anak dulu...hehe

Kalau dilihat pada lirik lagu Sungai ni, banyak maksud yang tersirat..adib sendiri terasa termotivasi bila menghayati lirik lagu dia...
>>bagi diri yang sedang rasa tertekan atau mungkin menghadapi perasaan yang mengundang kepada rasa putus asa dan lemah semangat..lihat lah pada air sungai yang tetap mengalir walau apa jua dugaan yang dihadapinya..dari gunung ia mengalir jernih, bila sampai kepada manusia, ia dicemari..namun, sungai yang terluka keindahannya tetap jua mengalir hingga ke laut..membawa jasa hingga ke muara.. ikan mendapat makanannya, manusia tetap mendapat sumber hidupannya..<<

Jadi apakah kita masih ingin menafikan agungnya ciptaan Allah..Dia menurunkan hujan, Dia mengalirkan sungai, Dia menghidupkan laut..walau bagaimana pun sikap manusia samada mereka mensyukuri atau menzalimi nikmat kurniaanNya, rezeki dari Nya tak pernah berhenti untuk kita..Allah, sesungguhnya memang benar..Engkaulah Yang Maha Mencipta, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^_^

_indahnya Nikmat Iman dan Islam_ Alhamdulillah!

Pengajaran Makro Bersama Ustazah Maimon

Assalamualaikum wbt



Hari Rabu ini mungkin Adib punya giliran untuk laksanakan pengajaran makro dalam kelas Ustazah Maimon. Jadi, mari kita kongsikan apakah itu Pengajaran Makro...

Selama ini masa belajar, selalu dengar istilah Macro Teaching, Micro Teaching..tapi tak dapat gambar suasananya macam mana..tapi lepas masuk KPLI ni.. "welcome to the teacher's world :) "

*moga tiap kemahiran yang patut ada dalam pengajaran makro ini akan dapat kita kuasai dalam proses menjadikan kita guru yang terlatih..Insya Allah..

Allah_Hafiz
http://www.mediafire.com/view/?vz17ukukue7l1za