SELASA BERSAMA PROFESOR MORRIE
"ada beberapa peraturan yang saya tahu, mengenai kasih sayang dan perkahwinan yang boleh diikuti. Sekiranya kamu tidak menghargai pasangan kamu, kamu akan menghadapi banyak masalah. Sekiranya kamu tidak tahu bertolak ansur, kamu akan menghadapi banyak masalah. Sekiranya kamu tidak mampu bercakap secara terbuka apa yang berlaku di antara kamu, kamu akan menghadapi banyak masalah. Nilai-nilai kamu berdua mestilah serupa. Dan yang paling penting di antara nilai-nilai itu, Mitch...kepercayaan kamu terhadap pentingnya perkahwinan kamu." ... "saling sayang menyayangi atau hidup tidak bermakna." (ms 156-157)
*petikan dari buku Tuesday with Morrie (Selasa bersama Profesor Morrie)..
Buku ni menarik untuk dibace dan ia membuka minda kita berkaitan kehidupan... dia membicarakan soal perasaan, budaya, perkahwinan but mostly about kematian...prof Morrie banyak menegaskan "sekali kamu belajar cara hendak mati, kamu akan belajar cara hendak hidup."
saje adib masukkan bahagian perkahwinan kat sini sb perkahwinan tu satu proses yang sume akan lalui tapi x ramai yang berjaya menghayatinya.. dan kasih sayang is the most basic thing yang patut difahami dan diamalkan untuk membentuk diri, keluarga dan masyarakat yang terbaik =)
lepas bace buku ni, adib dapat simpulkan yang prof Morrie banyak belajar tentang kematian lepas dia menghidap penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ASL). dan dari penyakit yang secara perlahan-lahan membawa dia ke alam kematian, dia mula mencorakkan kehidupan dan pemikiran untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup dia bersama orang lain sebelum dia tinggalkan dunia.
dalam Islam, kita telah diajar untuk mengingati mati dan inilah keindahan dan kesempurnaan yang ada pada agama Islam. sebagai umat Islam, kita telah diberi petunjuk dan pedoman yang lengkap dengan nilai-nilai yang sepatutnya ketika hidup di dunia dan kita telah mengimani yang kehidupan di dunia hanyalah sebagai tapak semaian untuk bekalan hari akhirat yang kekal. untung kita sebagai umat Islam, walaupun kita tidak menghidap penyakit ASL, kita dah dididik untuk sering mengingati mati ^^, kehidupan dari kecik, meningkat kepada kehidupan sebagai seorang remaja, menjadi mahasiswa dan akhirnya pendidik untuk generasi muda menjadikan kita kenal erti kehidupan lebih awal..apa yang kita kejar? apa yang kita cari? semuanya telah kita ketahui dengan bimbingan dari Al-Quran dan As-Sunnah..
~indahnya nikmat Islam dan Iman~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan