Rabu, 12 Disember 2012

Lawatan - Melaka

Hari letih berjalan...lepas ni nak ceritakan pengalaman lawatan sekitar Melaka dengan Cikgu Sarinah..nantikan kisahnya :)

Isnin, 10 Disember 2012

Seni Dalam Pendidikan (Lagu Sungai)


Kelas Seni Dalam Pendidikan bersama Cikgu Amran, dari jam 4.45ptg hingga 6.45ptg tadi. Petang2 ikut kelas ni  tak terasa penat..begitulah indahnya seni.. untuk kelas kali ini, kami belajar serba sedikit tentang alat-alat muzik dan not2 muzik. Menarik! Lepas ni dah boleh try baca not2 muzik dan hasilkan lagu sendiri pastu boleh ajar dalam kelas..hehe ^_^ *agak2 anak murid suka tak?

Tapi nak amalkan dalam P&P masih memerlukan lebih latihan.. 2 jam yang tak cukup sempurna memang tak menjamin penguasaan terhadap kemahiran bermain alat muzik..huhu..pernah berangan nak beli keyboard..teringatkan Yati (kawan masa kat UM dulu) ada beli keyboard sendiri sebab dia amik pendidikan awal kanak-kanak..kalau adib ada keyboard adib sendiri, mungkin dapat membantu sebagai BBM dalam kelas nanti, kan? *tu pun kalau pandai manfaatkan penggunaan nya lah..betul tak?

Hem.. adib terfikir, lagu sungai ni katanya untuk mereka2 yang zaman KBSR..tapi adib tak ingat pun belajar lagu ni masa sekolah dulu..atau mungkin juga sebab adib tak belajar kat sekolah kebangsaan dulu. Jadi, pendedahan kurang...seingatnya masa dulu belajar lagu labah-labah hitam, pastu dah besar sikit, nasyid lagu Keluarga Bahagia dan Pergi Tak Kembali..peh! lagu zaman anak-anak dulu...hehe

Kalau dilihat pada lirik lagu Sungai ni, banyak maksud yang tersirat..adib sendiri terasa termotivasi bila menghayati lirik lagu dia...
>>bagi diri yang sedang rasa tertekan atau mungkin menghadapi perasaan yang mengundang kepada rasa putus asa dan lemah semangat..lihat lah pada air sungai yang tetap mengalir walau apa jua dugaan yang dihadapinya..dari gunung ia mengalir jernih, bila sampai kepada manusia, ia dicemari..namun, sungai yang terluka keindahannya tetap jua mengalir hingga ke laut..membawa jasa hingga ke muara.. ikan mendapat makanannya, manusia tetap mendapat sumber hidupannya..<<

Jadi apakah kita masih ingin menafikan agungnya ciptaan Allah..Dia menurunkan hujan, Dia mengalirkan sungai, Dia menghidupkan laut..walau bagaimana pun sikap manusia samada mereka mensyukuri atau menzalimi nikmat kurniaanNya, rezeki dari Nya tak pernah berhenti untuk kita..Allah, sesungguhnya memang benar..Engkaulah Yang Maha Mencipta, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^_^

_indahnya Nikmat Iman dan Islam_ Alhamdulillah!

Pengajaran Makro Bersama Ustazah Maimon

Assalamualaikum wbt



Hari Rabu ini mungkin Adib punya giliran untuk laksanakan pengajaran makro dalam kelas Ustazah Maimon. Jadi, mari kita kongsikan apakah itu Pengajaran Makro...

Selama ini masa belajar, selalu dengar istilah Macro Teaching, Micro Teaching..tapi tak dapat gambar suasananya macam mana..tapi lepas masuk KPLI ni.. "welcome to the teacher's world :) "

*moga tiap kemahiran yang patut ada dalam pengajaran makro ini akan dapat kita kuasai dalam proses menjadikan kita guru yang terlatih..Insya Allah..

Allah_Hafiz
http://www.mediafire.com/view/?vz17ukukue7l1za

Ahad, 9 Disember 2012

Maher Zain - For The Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together to Jannah
Finally now I've found myself I feel so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/maher_zain/for_the_rest_of_my_life.html ]

from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/maher_zain/#share

Perancangan Allah itu Lebih Baik 1


Status: Esok Ada Ujian untuk Kelas Bahasa Inggeris!!!

Teringat kenangan masa belajar di sekolah menangah suatu masa dahulu. Masa itu kelas Teacher Salwani..belajar Bahasa Inggeris… tak ingat topik yang di ajar masa tu apa, tapi adib ingat kesungguhan menyelak kamus dwibahasa masa tu semata-mata ingin mencari perkataan ‘PENDIDIK’ dalam Bahasa Inggeris. Mungkin masa tu, cikgu nak suruh cerita pasal cita-cita..jadi jumpa lah perkataan ‘TUTOR’.

“takkan awak nak jadi tutor je?” soal Teacher Salwani (tapi dalam Bahasa Inggeris la.)..”letak lah tinggi sikit cita-cita tu..” dalam hati dan fikiran adib masa tu, tutor pun aku tak tahu apa..”maybe you could be a lecturer one day..” jadi, kesimpulan yang dapat dibuat dari dialog itu, jadi LECTURER tu kedudukan dia tinggi sikit lah dari TUTOR.

Masa pun terus berlalu…namun, keinginan untuk menjadi seorang pendidik tak pernah hilang dari lintasan hati.. “mak nya cikgu, ayahnya pensyarah..anak-anak nanti mesti keje lagi hebat dari mak dan ayahnya..jadi doctor ke, engineer ke, peguam ke..” *antara dialog-dialog yang sering dilafazkan oleh rakan-rakan mama dan ayah.

Masuk universiti, penyelaras program cakap “program yang awak ikuti sekarang adalah satu program yang hebat..kami ingin mencorak saintis yang mahir agama Islam. Awak akan jadi rujukan saintis-saintis lain berkenaan isu-isu agama…tapi, kalau dah tamat kursus ini nanti, awak jadi sekadar cikgu sekolah agama rakyat, cikgu j-QAF, tak payah lah awak nak tegur saya..buat malu je..” masa tu tak kenal pun lagi apa itu cikgu jQAF..

Selama bertahun-tahun belajar di aliran Sains..habis PMR masuk kelas Sains…dan menjadi antara murid yang paling membimbangkan cikgu-cikgu..bukan tak pandai, tapi malas! Cikgu masuk, tidur…pernah satu hari, menangis bersama-sama Cikgu G, cikgu Kimia masa tu..dia sedih sebab adib tak ada peningkatan dalam subjek Kimianya sedangkan SPM makin hampir…dan adib pun sedih, sebab tak tau macam mana nak timbulkan minat dan keinginan untuk belajar subjek ini..tapi entah macam mana, (adib suka melabelkan diri ini sebagai mangsa yang terselamat dari kapal karam) tup tup..berjaya masuk UM untuk Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam dan alhamdulillah, mendapat tajaan JPA. Namun, di tahun yang kedua, adib pindah kolej dan mula aktif dengan PALAPES, adib tahu dan mula kenal kat UM ada kursus untuk Pendidikan Awal Kanak-kanak.. “Ayah, diba nak tukar kursus…nak jadi cikgu TADIKA..nak amik kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak..”....

Bersambung…

Rabu, 5 Disember 2012

MENGIMBAU TULISAN DAHULU 2


SELASA BERSAMA PROFESOR MORRIE

"ada beberapa peraturan yang saya tahu, mengenai kasih sayang dan perkahwinan yang boleh diikuti. Sekiranya kamu tidak menghargai pasangan kamu, kamu akan menghadapi banyak masalah. Sekiranya kamu tidak tahu bertolak ansur, kamu akan menghadapi banyak masalah. Sekiranya kamu tidak mampu bercakap secara terbuka apa yang berlaku di antara kamu, kamu akan menghadapi banyak masalah. Nilai-nilai kamu berdua mestilah serupa. Dan yang paling penting di antara nilai-nilai itu, Mitch...kepercayaan kamu terhadap pentingnya perkahwinan kamu." ... "saling sayang menyayangi atau hidup tidak bermakna." (ms 156-157)

*petikan dari buku Tuesday with Morrie (Selasa bersama Profesor Morrie)..

Buku ni menarik untuk dibace dan ia membuka minda kita berkaitan kehidupan... dia membicarakan soal perasaan, budaya, perkahwinan but mostly about kematian...prof Morrie banyak menegaskan "sekali kamu belajar cara hendak mati, kamu akan belajar cara hendak hidup."
saje adib masukkan bahagian perkahwinan kat sini sb perkahwinan tu satu proses yang sume akan lalui tapi x ramai yang berjaya menghayatinya.. dan kasih sayang is the most basic thing yang patut difahami dan diamalkan untuk membentuk diri, keluarga dan masyarakat yang terbaik =)
lepas bace buku ni, adib dapat simpulkan yang prof Morrie banyak belajar tentang kematian lepas dia menghidap penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ASL). dan dari penyakit yang secara perlahan-lahan membawa dia ke alam kematian, dia mula mencorakkan kehidupan dan pemikiran untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup dia bersama orang lain sebelum dia tinggalkan dunia.
dalam Islam, kita telah diajar untuk mengingati mati dan inilah keindahan dan kesempurnaan yang ada pada agama Islam. sebagai umat Islam, kita telah diberi petunjuk dan pedoman yang lengkap dengan nilai-nilai yang sepatutnya ketika hidup di dunia dan kita telah mengimani yang kehidupan di dunia hanyalah sebagai tapak semaian untuk bekalan hari akhirat yang kekal. untung kita sebagai umat Islam, walaupun kita tidak menghidap penyakit ASL, kita dah dididik untuk sering mengingati mati ^^, kehidupan dari kecik, meningkat kepada kehidupan sebagai seorang remaja, menjadi mahasiswa dan akhirnya pendidik untuk generasi muda menjadikan kita kenal erti kehidupan lebih awal..apa yang kita kejar? apa yang kita cari? semuanya telah kita ketahui dengan bimbingan dari Al-Quran dan As-Sunnah..
~indahnya nikmat Islam dan Iman~


Mengimbau tulisan dahulu 1

Suatu ketika dahulu....

balik dari kursus pra perkahwinan, adib ase serabut pale otak~susah hati..n mcm2 lagi la perkara2 negatif yg ada..huhu~ banyak tanggungjawab yg dipikul pihak lelaki..n org pompuan mmg istimewa~ tp keistimewaan yg ad pd si perempuan hany akan terbela kalu kita bertemu dgn org yg tau menghargai kita...dalam dok mlayan hati yg sdg susah....
tbe2, adib teringat pesan ayah kat adib ms dulu2... xingat dh bile..tp ad la dlm thn2 yg lalu...

ayah kata, "manusia ni hidup dia mudah je. ad 2 keje je yg kte kne wat n usahakan.. pertama menjadi khalifah di muka bumi n kedua menjadi hamba Allah yg taat. kalu tgk tokoh2 Islam yg lalu, masa siang diorg berjuang dgn HEBAT N GAGAH sbg seorg pahlawan Islam yg menegakkan Ad-Deen~ n bile tibe waktu mlm, mereka lah yg merintih dgn SYAHDU N PENUH RENDAH DIRI memohon keampunan n keberkatan hidup dr Allah."
"dan..." sambung ayah lagi, "kita sekarang ni, ramai yg sibuk nak buat keje Allah n yg lebih teruk, bile kita sampai mengabaikan tanggungjwb kita yg 2 td..3 perkara yg manusia sering sibuk2 kan..

1. rezeki
2. jodoh
3. kematian

dan mende yg 3 ni la, bile manusia sibuk dgn urusan ini yg mana sepatutnya ia adalah urusan Allah, hidup manusia jd huru-hara... kita kecewa, sedih, marah, cemburu n sebagainya..n segalanya adalah negatif."

hem....wat pe kita nk susah2? huhu~ Allah tau apa yg baik u kita =) *time kasih wat lelen n aliaa lala yg sudi mendengar sush hati adib td =D ngeh3
jom kita ramai2 tdo kul 9 mlm n bgn kul 3 pg..kalu ramai2, xde la takut sgt nk msk bilik ayo tu kul 3 pg...haha